Pages

Sunday 11 March 2012

Kelebihan Tilawah Dan Ketinggian Kalamullah


Hazrat Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Allah SWT berfirman, 'Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepada Ku.' Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala makhluk (ciptaanNya)." (Hadith riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

Keterangan

Maksud hadith di atas ialah seseorang yang sentiasa sibuk menghafal, mempelajari dan memahami al-Quran sehingga tidak ada masa untuk berdoa maka Allah SWT akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang lebih baik daripada yang diberikan kepada orang lain yang berdoa kepadaNya. Suatu perkara yang lumrah di dunia ini adalah apbila ada seseorang yang sedang membahagi-bahagikan kuih dan salah seorang yang layak menerima kuih itu sedang sibuk melakukan urusan bagi pihak si pembahagi itu sendiri sehingga menyebabkan dia tidak dapat hadir untuk mendapatkan bahagiannya, maka sudah tentu bahagiannya akan disimpan terlebih dahulu.


Berkenaan keadaan yang sama seperti hadith diatas, dalam hadith yang lain dinyatakan bahawa Allah SWT akan mengurniakan kepada orang yang sibuk dengan al-Quran pahala yang lebih afdal daripada pahala yang diberikan kepada hamba -hambaNya yang bersyukur. 

Renungan bersama... 
 
''Jangan kita tanya apa yang agama boleh buat untuk kita, sebaliknya, tanyalah apa yang kita dah buat untuk agama''... ~~MAHABBAH UKHWAH~~

2 comments:

  1. meh nak dengaq taranum skali skala
    nasyid slalu dah

    ReplyDelete
  2. tarannum bg bdak DQ la pertontonkan;;; kita bdak sek je... t xkna makhraj lak...

    ReplyDelete