Pages

Sunday 9 November 2014

KEPENTINGAN MEMILIH PEMIMPIN 

Penceramah : Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun)
Bismillah..
Firman Allah : Tidakkah kami jadikan bumi ini tempat perkongsian diantara org2 yg hidup dan org2 yg mati.
Sebesar2 kesombongan manusia ialah menolak agama.
Raja Namrud – sangat sombong dan mencabar kekuasaan Allah, mencabar Nabi Ibrahim. Salah seorang pemilik kuasa besar dunia yg kufur.
Nabi Sulaiman dan raja Zulqarnain – 2 pemerintah besar dunia yg beriman kpd Allah.
Ayat 258 surah al baqarah : (258) Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan,” orang itu berkata: “Saya dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Raja Namrud tercengang setelah mendengar hujjah Nabi Ibrahim seperti ayat di atas. Nabi Ibrahim kemudian dihukum walaupun telah membuktikan kebenaran, baginda dicampakkan ke dalam api yg sgt marak membakar.
Antara undang2 raja namrud – semua rakyat boleh tanam gandum, tapi diproses oleh kilang milik namrud. Ketika berurusan, namrud akan tanya rakyatnya siapakah tuhan? Namrud mahukan jawapan dari rakyatnya, dialah tuhan. Sesiapa yg menafikan, akan dihukum (dirampas gandumnya), begitulah yg berlaku kpd Nabi Ibrahim.
Hadis : takabbur / sombong itu ialah menolak kebenaran agama dan menghina manusia.
Apabila manusia terlalu lama berkuasa, akan menyebabkan larinya pertimbangan, seperti namrud yg mengaku dirinya tuhan.
Ditanya kpd nabi jihad apa yg paling utama? Jawab nabi, jihad yg paling utama ialah engkau berkata benar, perkataan yg benar, disisi pemimpin yg zalim.
Bagaimana nak nyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yg zalim? Kita perlu berdiri menyatakan kebenaran di dalam majlis2 mereka. Hantar wakil utk berucap dalam parlimen.
Apabila pemimpin bersikap tidak adil, maka rakyat benci utk menyokong. Jangan cari salah org, kena semak kesalahan diri.
Firman Allah : dan mereka tidak menyakiti org2 yg beriman, melainkan kerana org beriman itu beriman dgn Allah yg Maha Terpuji lg Maha Perkasa.
Hadis : jika sekiranya yg menjadi imam sembahyang kamu, maka dialah yg menjadi pemimpin kamu. – dalil ini digunakan utk pemilihan khalifah setelah wafatnya nabi.
Nabi wafat pada hari isnin waktu dhuha, dimakamkan pada hari rabu malam, lambat kerana hendak memilih pemimpin seterusnya. Jenazah nabi disembahyang sorg2, menyebabkan masa yg diambil agak lama.
Kubur – salah satu dari taman syurga atau lubang neraka.
Nama yg naik utk jadi khalifah ialah saidina abu bakar dan saidina umar. Dalam islam tidak berebut jawatan, tapi wajib diambil setelah ditentukan. Saidina abu bakar mengatakan saidina umar lebih layak, begitu juga dgn sebaliknya.
Hujah dari saidina umat, ketika nabi sakit, baginda menyebut kpd Aisyah berkenaan penggantian imam kerana baginda sudah tidak berdaya. Nabi telah memilih saidina abu bakar sebagai pengganti imam solat.
Nabi pernah menyuruh jemaah solat zuhur kali kedua, kerana kali pertama solat zuhur diimami oleh saidina umar tanpa kebenaran nabi yg sedang sakit, kerana nabi memilih saidina abu bakar sbgai pengganti imam. Saidina abu bakar terlewat sedikit kerana menutup kedainya di pasar. Jadi, kali kedua solat zuhur diimami oleh saidina abu bakar.
Imam kena belajar 2 perkara – imam besar (imam kepimpinan manusia), imam kecil (imam solat).
Hadis : huzaifah bertanya kpd nabi tentang amalan yg perlu dibuat selepas kewafatan nabi – nabi menjawab, wajib bersama jemaah islam.
Sebesar2 bala umat ialah kewafatan nabi.
Para sahabat dtg bertemu nabi ketika baginda sakit, mereka bertanya : apakah lebih baik org yg di belakang bumi (org yg hidup) atau org di dalam perut bumi (org yg telah mati). Nabi menjawab, apabila aku sudah wafat, perhatikan 3 perkara ini :
– Pemimpin2 kamu org yg baik
– org2 kaya pemurah. Tidak sayang harta utk infaq.
– bermesyuarat utk membuat keputusan
Apabila pemimpin kamu jahat, org kaya menjadi kedekut, dan urusan kamu diserah kpd kaum wanita, maka perut bumi (mati) lebih baik dari atas bumi (hidup).
Antara jin dan manusia, jin lebih ramai. Bila manusia dan jin bergabung, haiwan di atas darat lebih byk. bila digabung dgn haiwan darat, manusia dan jin, haiwan laut lebih byk. Bila digabung manusia, jin, haiwan laut dan darat, burung lebih byk. Bila digabung manusia, jin, haiwan di darat, laut daudara, malaikat di langit lapisan pertama lebih byk. Malaikat di langit kedua lebih byk dari malaikat di langit lapisan pertama.
Jika hendak bersatu, bersatulah dgn tali Allah – ditafsirkan tali Allah sebagai al quran, rasul atau islam.
Hadis : barangsiapa yg rindu utk bertemu Allah, Allah juga rindu utk bertemu dgnnya. Siapa yg benci utk bertemu Allah (mati), Alah juga benci utk bertemu dgnnya. – jika kita org baik, kita tidak takut ketika malaikat dtg utk mencabut nyawa, begitulah sebaliknya.
Kata2 seorang wali (Ibrahim Adham) : Tiap2 pemimpin yg tidak adil, maka dia dan perompak sama taraf. Tiap2 org alim yg tidak warak, sama taraf dgn anjing/musang.
Wallahu’alam
HAMBA YANG LEMAH LAGI HINA
~~mahabbah ukhwah~~

Wednesday 20 February 2013

Hati Itu






Hati itu Allah yang pegang , bukannya orang. Hidayah dan petunjuk itu memang hanya Allah yang bagi ..

Benda dan perkara yang sama tak semestinya memberikan kesan yang sama juga kepada penerima yang  berbeza ..

KERANA ,,,

"Setiap hati memiliki mangga-mangga pengunci tersendiri. Tugas seorang da'i ialah berusaha memiliki kunci dari mangga-mangga tersebut dan mengetahui dari mana ia harus memasukinya, sampai hati tersebut menyambutnya."

[ Munir Muhammad al-ghadban , manhaj haraki jilid 1 , m/s 22 ( robbani press) ]




 


Monday 18 June 2012

Sudikah Awak Jadi Isteri Kedua Saya ??

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
 Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
 “Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
 Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
 “Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
 “Tak. Maksud saya – ”
 “Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
 “Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
 Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
 Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
 Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
 “Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
 Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
 Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.




 Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
 Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.
 Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
 Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
 Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
 “Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
 “Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
 “Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
 Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
 “Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
 “Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
 “Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
 Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.










 Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
 Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
 “Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
 “Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
 “Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
 “Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
 “Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
 Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
 “Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
 Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
 “Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
 “Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
 “Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
 “Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
 Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
 “Perjuangan,” jawab Fikri.






 ***
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


Thursday 29 March 2012

akibat terlalu 'lurus'~~

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.

Wednesday 28 March 2012

Buang Anak~~

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….

Monday 12 March 2012

Siapa yang berhutang pasti ditagih =)

Suatu hari, sepasang suami isteri duduk bersantai di meja makan. di hadapan mereka telah terhidang ayam panggang yang siap untuk disantap. tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu..
''Aku seorang musafir yang kehabisan bekal,'' kata pengemis itu.
    Si suami keluar sambil marah-marah. dan mengherdik, membentak dan mengusir pengemis itu dengan cara yang tidak terhormat. Pengemis itu pun pergi jauh dari rumah itu dengan muka murung dan hati sedih.
   Roda waktu terus berputar. orang yang mengherdik pengemis itu pun jatuh  miskin, padahal sebelumnya dia adalah orang yang kaya raya. Kenikmatan hidup yang diperolehnya selama ini telah lenyap ditelan zaman. Kini dia terpaksa menjadi seorang pengemis. Dia tinggalkan kampungnya dan mengembara ke mana sahaja kakinya melangkah. Dia sandarkan hidupnya kepada belas kasihan orang. Sebelum pergi mengembara, dia telah menceraikan isterinya. Setelah itu, isterinya bernikah lagi dengan seorang lelaki yang berasal dari daerah lain.
     Suati hari, sepasang suami isteri ini sedang asyik duduk di meja makan. di hadapan mereka  terhidang ayam panggang dan beberapa potong roti. Tatkala mereka hendak makan, tiba-tiba datang seorang pengemis mengetuk pintu. 
''aku adalah musafir yang kehabisan bekal.'' kata pengemis itu.
   ''Bawalah ayam panggang dan dua potong roti ini, lalu berikanlah kepada si pengemis itu!'', kata si suami ke isterinya.
   Si isterinya terus melaksanakan apa yang diperintah suaminya. Tatkala dia membuka pintu, dia terkejut. Ternyata pengemis yang mengetuk pintu itu adalah bekas suaminya. Setelah memberi makanan itu, dia pun kembali ke meja makan sambil menitiskan air mata.
''Mengapa kamu menangis, wahai isteriku?'' kata si suami.
Kemudian si isteri menceritakan bahawa pengemis yang mengetuk pintu tadi adalah bekas suaminya. Dia juga menceritakan bahawa dulu bekas suaminya pernah mengherdik dan mengusir seorang pengemis.
    Setelah terdiam sejenak, si suami berkata,''Demi Allah, akulah pengemis yang dulu pernah diusir dan  diherdik oleh bekas suami kamu itu.''

Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain. (Kemudian Rasulullah Saw merapatkan jari-jari tangan beliau). (Mutafaq'alaih).

Renungan bersama...

Sunday 11 March 2012

GURAU DAN CANDA RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata isterinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.