Suatu hari, sepasang suami isteri duduk bersantai di meja makan. di hadapan mereka telah terhidang ayam panggang yang siap untuk disantap. tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu..
''Aku seorang musafir yang kehabisan bekal,'' kata pengemis itu.
Si suami keluar sambil marah-marah. dan mengherdik, membentak dan mengusir pengemis itu dengan cara yang tidak terhormat. Pengemis itu pun pergi jauh dari rumah itu dengan muka murung dan hati sedih.
Roda waktu terus berputar. orang yang mengherdik pengemis itu pun jatuh miskin, padahal sebelumnya dia adalah orang yang kaya raya. Kenikmatan hidup yang diperolehnya selama ini telah lenyap ditelan zaman. Kini dia terpaksa menjadi seorang pengemis. Dia tinggalkan kampungnya dan mengembara ke mana sahaja kakinya melangkah. Dia sandarkan hidupnya kepada belas kasihan orang. Sebelum pergi mengembara, dia telah menceraikan isterinya. Setelah itu, isterinya bernikah lagi dengan seorang lelaki yang berasal dari daerah lain.
Suati hari, sepasang suami isteri ini sedang asyik duduk di meja makan. di hadapan mereka terhidang ayam panggang dan beberapa potong roti. Tatkala mereka hendak makan, tiba-tiba datang seorang pengemis mengetuk pintu.
''aku adalah musafir yang kehabisan bekal.'' kata pengemis itu.
''Bawalah ayam panggang dan dua potong roti ini, lalu berikanlah kepada si pengemis itu!'', kata si suami ke isterinya.
Si isterinya terus melaksanakan apa yang diperintah suaminya. Tatkala dia membuka pintu, dia terkejut. Ternyata pengemis yang mengetuk pintu itu adalah bekas suaminya. Setelah memberi makanan itu, dia pun kembali ke meja makan sambil menitiskan air mata.
''Mengapa kamu menangis, wahai isteriku?'' kata si suami.
Kemudian si isteri menceritakan bahawa pengemis yang mengetuk pintu tadi adalah bekas suaminya. Dia juga menceritakan bahawa dulu bekas suaminya pernah mengherdik dan mengusir seorang pengemis.
Setelah terdiam sejenak, si suami berkata,''Demi Allah, akulah pengemis yang dulu pernah diusir dan diherdik oleh bekas suami kamu itu.''
Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain. (Kemudian Rasulullah Saw merapatkan jari-jari tangan beliau). (Mutafaq'alaih).
Renungan bersama...
Renungan bersama...
terpaku sejenak apabila membaca kisah ini.. dipetik dari buku ''100 kisah-kisah menakjubkan'' -Manshur Ibn Nashir Al-Ijawi~~
ReplyDelete