Pages

Thursday, 29 March 2012

akibat terlalu 'lurus'~~

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.

Wednesday, 28 March 2012

Buang Anak~~

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….

Monday, 12 March 2012

Siapa yang berhutang pasti ditagih =)

Suatu hari, sepasang suami isteri duduk bersantai di meja makan. di hadapan mereka telah terhidang ayam panggang yang siap untuk disantap. tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu..
''Aku seorang musafir yang kehabisan bekal,'' kata pengemis itu.
    Si suami keluar sambil marah-marah. dan mengherdik, membentak dan mengusir pengemis itu dengan cara yang tidak terhormat. Pengemis itu pun pergi jauh dari rumah itu dengan muka murung dan hati sedih.
   Roda waktu terus berputar. orang yang mengherdik pengemis itu pun jatuh  miskin, padahal sebelumnya dia adalah orang yang kaya raya. Kenikmatan hidup yang diperolehnya selama ini telah lenyap ditelan zaman. Kini dia terpaksa menjadi seorang pengemis. Dia tinggalkan kampungnya dan mengembara ke mana sahaja kakinya melangkah. Dia sandarkan hidupnya kepada belas kasihan orang. Sebelum pergi mengembara, dia telah menceraikan isterinya. Setelah itu, isterinya bernikah lagi dengan seorang lelaki yang berasal dari daerah lain.
     Suati hari, sepasang suami isteri ini sedang asyik duduk di meja makan. di hadapan mereka  terhidang ayam panggang dan beberapa potong roti. Tatkala mereka hendak makan, tiba-tiba datang seorang pengemis mengetuk pintu. 
''aku adalah musafir yang kehabisan bekal.'' kata pengemis itu.
   ''Bawalah ayam panggang dan dua potong roti ini, lalu berikanlah kepada si pengemis itu!'', kata si suami ke isterinya.
   Si isterinya terus melaksanakan apa yang diperintah suaminya. Tatkala dia membuka pintu, dia terkejut. Ternyata pengemis yang mengetuk pintu itu adalah bekas suaminya. Setelah memberi makanan itu, dia pun kembali ke meja makan sambil menitiskan air mata.
''Mengapa kamu menangis, wahai isteriku?'' kata si suami.
Kemudian si isteri menceritakan bahawa pengemis yang mengetuk pintu tadi adalah bekas suaminya. Dia juga menceritakan bahawa dulu bekas suaminya pernah mengherdik dan mengusir seorang pengemis.
    Setelah terdiam sejenak, si suami berkata,''Demi Allah, akulah pengemis yang dulu pernah diusir dan  diherdik oleh bekas suami kamu itu.''

Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain. (Kemudian Rasulullah Saw merapatkan jari-jari tangan beliau). (Mutafaq'alaih).

Renungan bersama...

Sunday, 11 March 2012

GURAU DAN CANDA RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata isterinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.     Orang lelaki yang melarikan diri.
5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.     Orang-orang yang suka makan riba'.
10.     Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

 ''Jangan kita tanya apa yang agama boleh buat untuk kita, sebaliknya, tanyalah apa yang kita dah buat untuk agama''... ~~MAHABBAH UKHWAH~~

Kelebihan Tilawah Dan Ketinggian Kalamullah


Hazrat Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Allah SWT berfirman, 'Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepada Ku.' Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala makhluk (ciptaanNya)." (Hadith riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

Keterangan

Maksud hadith di atas ialah seseorang yang sentiasa sibuk menghafal, mempelajari dan memahami al-Quran sehingga tidak ada masa untuk berdoa maka Allah SWT akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang lebih baik daripada yang diberikan kepada orang lain yang berdoa kepadaNya. Suatu perkara yang lumrah di dunia ini adalah apbila ada seseorang yang sedang membahagi-bahagikan kuih dan salah seorang yang layak menerima kuih itu sedang sibuk melakukan urusan bagi pihak si pembahagi itu sendiri sehingga menyebabkan dia tidak dapat hadir untuk mendapatkan bahagiannya, maka sudah tentu bahagiannya akan disimpan terlebih dahulu.


Berkenaan keadaan yang sama seperti hadith diatas, dalam hadith yang lain dinyatakan bahawa Allah SWT akan mengurniakan kepada orang yang sibuk dengan al-Quran pahala yang lebih afdal daripada pahala yang diberikan kepada hamba -hambaNya yang bersyukur. 

Renungan bersama... 
 
''Jangan kita tanya apa yang agama boleh buat untuk kita, sebaliknya, tanyalah apa yang kita dah buat untuk agama''... ~~MAHABBAH UKHWAH~~